Monday, January 3, 2011

mata sakit...

 Hari pertama tahun baru 2011...mata aku sakit...ini bermakna aku mulakan tahun ni dengan MC...nak buat camna takkan nak ke opis dengan mata sepet ala ultraman!!  Mungkin akan MC sampai 2 hari ,tp takpe la Bank aku dah sediakan MC untuk kakitangan selama 30 hari..hehe ada 28 hari lagi...i loike...


 Semalam aku hantar anak sulung aku ,Nurul Aunie Husna ke sekolah....alhamdulillah aku tak kena tunggu dia cuma aku pergi pulak kat sekolah jam 9-45 pagi untuk tengok-tengokkan dia masa rehat...yelah..nak ajar dia membeli masa kat kantin .Aku tengok kat kantin nie sekarang makanan pun dah advance jugak la...dah ada nasik ayam pedas ,air milo n bandung . Zaman aku dulu mana la ada semua tu...air paip tambah sirap ada la...cuma yang untung zaman dulu nie rm0-10 masih boleh diguna pakai...nak beli air dan kuih...kalau nasik pun setakat rm0.50 sepinggan...tp skrg dah rm1-50 ,lauk sama banyak jugak dengan aku dulu .Air milo pulak rm 1 sama harga dengan pasar malam .Aih...tu baru anak aku...kalau cucu aku nanti camna ?


Saturday, January 1, 2011

Terima kasih 2010 & Selamat Datang 2011




Assalamualaikum...Selamat Tahun Baru 2011....semalam 2010...banyak kenangan aku dalam 2010 nie...kenangan kat opis...famili...dan persahabatan....kalau kat opis aku memang ada banyak pahit dan manis la...maklumla 20 kakitangan dan 20 perangai...mungkin ada la 2-3 orang aku ngam...dan ada jugak yang aku kena berhati2 dengan tingkahlaku dia (aku tak nak cakap siapa dia..hehe)
 Kalau dengan famili...wife aku keguguran pada bulan 5 ,lepas aku balik dari bercuti dengan famili di Kuala Lumpur.Mungkin tak ada rezeki untuk keluarga kami ,mungkin 2011 nie akan ada pengganti .Insyaallah...
Tahun nie anak sulung aku (Nurul Aunie Husna) dah nak masuk ke alam persekolahan ...:) Alhamdulillah dia boleh sesuaikan diri dengan suasana baru...masa pendaftaran baru nie dia dah ada kawan baru .Aku betul-betul harapkan anak sulung aku nie dapat mengejar ilmu baru yang bakal diajar oleh cikgu baru nanti .
 Persahabatan...betul kata orang tua...kawan ketawa senang dicari...kawan menangis ??? Bila aku nak cakap pasal sahabat nie ...sakit hati pun ada...sbb atas tiket "sahabat" la aku kena kencing...dan atas tiket sahabat la aku kembali bersemangat .Aku jenis suka berkawan dengan semua orang ,kadang2 aku dapat ilmu dengan sahabat dan kadangkala aku bergaduh atas nama sahabat. Entah la payah aku nak hurai bab sahabat nie...
 Semoga tahun 2011 nie akan membawa sinar kepada famili aku...aku berdoa agar dipermudahkan perjalan kehidupan aku sekeluarga . Insyaallah....




Monday, December 13, 2010

ikut sifu...

 Hari Ahad 12hb...aku mengikut sifu Azri untuk amik gambar orang bertunang ...budak2 zaman skrg nie bertunang dah bergambar bagai...aku dulu....eh aku tak bertunang...pakai gi tetap hari dan terus kahwin...punyalah sempoi...
 Lokasi di Kampung Seri Aman Pasir Puteh .Dekat jer dengan umah mertuaku...majlis bertunang nie antara "Ayu dan Ali" .Seorang bakal doktor dan engineer ....kagum aku tengok muda2 dah jadi orang profesional.
  Tiba di rumah Ayu ,jam 10-00...majlis dia kata mungkin jam 11-00...tapi biasala kalau main dengan mak bapak sedara dan sepupu sepapat nie...kelewatan tentu akan berlaku .Lalu majlis pun berlangsung la jam 12-30 .Sengeh masam aku dan azri nak menunggu 2jam di rumah tu .





Lepas Zohor kena layan outdoor kat Pantai Tok Bali...aih...panazzzz...matahari atas kepala...oleh kerana pengantin nie penuh semangat nak bergambar...aku dan azri pun ada semangat la sikit...mujur pengantin ni ada banyak idea ...kalau tak memang buntu la di bawah terik mentari .









Friday, December 10, 2010

apa nak tulis ???

 Apa nak tulis?? aku pun tak tahu...untuk tak nak menampakkan blog aku nie kesepian terpaksalah aku membuat sikit coretan .Mungkin sebab takde perkara menarik yang aku buat dalam seminggu dua nie...
 Lepas hari raya korban tempohari aku ada la sedikit kerja amik gambar orang kawin...kali nie majlis kahwin kakak biras aku Nur Aini Syakimah dan suaminya Shah (nama penuh aku tak tahu) adoyai....
Majlis kahwin pada hari Sabtu malam 20hb November...macam biasa aku ke rumah pengantin seawal mungkin untuk buat persediaan awal .Ini kali ke 2 aku ambik gambar kahwin untuk anak2 famili nie..dulu yang adik kali nie kakak pulak .
 Sedang dok survey suasana umah nie...kamera aku terlucut dari genggaman...aih..terkejut aku !!! Speedlight aku tercabut tapak a.k.a terburai isi perut...pecah peluh muka aku bila nak kena amik gambar tanpa speedlight .Main belasah je....abis gambar nampak kusam...



 Esok harinya mujur la aku dapat pinjam flash dengan sifuku...mr Izwan Anwar...tq bos..kebetulan dia takde job hari tu...so boleh la aku amik gambar buat sementara flash aku dihantar ke Canon Malaysia untuk diservis ,rabak jugak la dekat rm300 untuk siapkannya.Tapi lebih baik dari beli yang baru rega beribu tu.Majlis dibuat sederhana tetapi meriah...mungkin sebab jemputan hanya melibatkan keluarga dan sahabat terdekat .Pihak pengantin lelaki pun datang tak ramai ,lebih kurang 15 orang je...maklumlah orang jauh nie (sarawak) .








 Kepada pengantin...Abang Fizi doakan keduanya bahagia hendaknya...semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat...Amin....

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha...

  Selamat Hari Raya Aidiladha a.k.a Raya Qurban ,macam biasa...tiba je raya haji aku @ wife aku akan menjalankan ibadah korban .Tahun nie giliran wife aku...lembu dah disediakan oleh bapa mertuaku...dia kata dah 5 bulan lebih dia beli lembu nie untuk anak2 dia korban...masa tu kecik lagi murah pulak tu...pastu dia upah tukang kebun sekolah dia jaga .
 Oleh kerana ramai sangat kakitangan sekolah bapa mertua aku masa nak sembelih lembu nie , aku dan adik ipar aku tengok je kerja-kerja penyembelihan nie ....tak kena pegang tali pun apatah lagi main pisau .Cukup dengan 12 staff ,sekejap je lembu nie tinggal kulit...maklumlah main ngan orang yang dah biasa dengan lembu.Kalau nak suruh aku....2 jam tak siap lagi .
 Selesai kerja-kerja lapah tu ,kami ambik 1/3 bahagian ,selebihnya bagi kepada "tukang kerja" dan minta mereka edar kepada orang-orang miskin .Kepada kakitangan sekolah tu...aku ucap terima kasih sebab banyak membantu .Harapan aku semoga korban dari wife aku dan adik beradik ni ,diterima oleh Nya.. 
  












Saturday, November 13, 2010

Majlis Graduasi Along...

  Hari nie...ada majlis graduasi anak sulung aku ,Nurul Aunie Husna...bila dibaca macam la anak aku nie dah besar panjang...anak aku baru je tamat tadika 6 tahun hari ini .Aku pun tak tahula siapa yang mula2 cipta Majlis Graduasi kat Tadika nie...mungkin ini sebagai tanda semangat untuk anak-anak kita melangkah lebih jauh .
 Oleh kerana anak aku belajar kat Tadika TNB Lemal Pasir Mas ,majlis konvo ni dilangsungkan di Bangunan TNB Kota Bharu .Majlis mula jam 8-30 pagi....tamat jam 11-00 pagi.
  Macam-macam la persembahan ditunjukkan oleh anak-anak yang belajar di sini .Anak aku pun ambik bahagian dalam beberapa acara....ada jugak seisi pemberian hadiah dan sijil oleh pihak pengurusan Tadika...anak aku dapat hadiah "Pelajar Terbaik dalam katogeri Bahasa Inggeris" ,aku tak tahu pulak masa mana anak aku belajar bahasa inggeris nie...mungkin belajar melalui TV (kartun la tu) ...
  Kepada cikgu-cikgu Tadika yang mengajar anak aku ,ucapan jutaan terima kasih atas kesungguhan kalian mengajar Aunie .Yelah...dari anak aku tak kenal huruf hinggala anak aku boleh membaca ,hanya Allah S.W.T dapat membalas jasa kalian .Terima kasih jugak buat Ayah Alim dan Cik Aini sbb sudi bangun awal hari ini dan menghadiri majlis ini .Tahun depan anak aku akan melaporkan diri ke Sekolah Kebangsaan pulak dan bermula lah cabaran baru untuk anak aku....


**antara gambar kenangan di Majlis Graduasi**











 

Tuesday, November 2, 2010

aku dan kamera....

  Memang hobi aku dengan gadjet ni tak pernah aku berkurangan...minat "bermain"  dengan kamera nie kian melampau hingga aku terjerumus ke lembah DSLR...dulu aku hanya bermimpi nak guna kamera dslr...hingga aku kenal izwan ,azri dan nakif (team 10bucks) yang semakin meniti di bibir bakal pengantin...


 Aku kagum dengan team 10bucks nie...dengan semangat mereka nak memperkembangkan ilmu dalam dslr...aku tumpang nak belajar dengan mereka...beribu jugaklah berhabis kepada kamera nie...lens lagi..speedlight lagi...beg pulak...haih...mujur isteri aku memahami tentang minat aku....mungkin aku tak boleh buat "duit" sepertimana orang lain...tp aku boleh bantu orang lain yang budjet kecik untuk dapat gambar "terang"...kepuasan hati aku bila customer aku senyum dan kata "lawa la abg fizi"...walau mungkin kata-kata mereka tu sekadar nak ambil hati aku ,tapi aku puas hati sebab aku dapat ilmu yang tak dapat dibayar....

**job pertama aku**

  Nie job pertama aku di pasir puteh...biasala mula-mula "tag" izwan...amik gambar pun pakai tembak jer...tp biasalah belajar ,yang pasti ilmu nie tak akan cukup...masih banyak kena belajar.
Setakat nie dah 5-6 job aku ikut...dan ada satu job solo aku..
hehe..antara hasil lensa aku...