Saturday, November 13, 2010

Majlis Graduasi Along...

  Hari nie...ada majlis graduasi anak sulung aku ,Nurul Aunie Husna...bila dibaca macam la anak aku nie dah besar panjang...anak aku baru je tamat tadika 6 tahun hari ini .Aku pun tak tahula siapa yang mula2 cipta Majlis Graduasi kat Tadika nie...mungkin ini sebagai tanda semangat untuk anak-anak kita melangkah lebih jauh .
 Oleh kerana anak aku belajar kat Tadika TNB Lemal Pasir Mas ,majlis konvo ni dilangsungkan di Bangunan TNB Kota Bharu .Majlis mula jam 8-30 pagi....tamat jam 11-00 pagi.
  Macam-macam la persembahan ditunjukkan oleh anak-anak yang belajar di sini .Anak aku pun ambik bahagian dalam beberapa acara....ada jugak seisi pemberian hadiah dan sijil oleh pihak pengurusan Tadika...anak aku dapat hadiah "Pelajar Terbaik dalam katogeri Bahasa Inggeris" ,aku tak tahu pulak masa mana anak aku belajar bahasa inggeris nie...mungkin belajar melalui TV (kartun la tu) ...
  Kepada cikgu-cikgu Tadika yang mengajar anak aku ,ucapan jutaan terima kasih atas kesungguhan kalian mengajar Aunie .Yelah...dari anak aku tak kenal huruf hinggala anak aku boleh membaca ,hanya Allah S.W.T dapat membalas jasa kalian .Terima kasih jugak buat Ayah Alim dan Cik Aini sbb sudi bangun awal hari ini dan menghadiri majlis ini .Tahun depan anak aku akan melaporkan diri ke Sekolah Kebangsaan pulak dan bermula lah cabaran baru untuk anak aku....


**antara gambar kenangan di Majlis Graduasi**











 

No comments:

Post a Comment