Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha...

  Selamat Hari Raya Aidiladha a.k.a Raya Qurban ,macam biasa...tiba je raya haji aku @ wife aku akan menjalankan ibadah korban .Tahun nie giliran wife aku...lembu dah disediakan oleh bapa mertuaku...dia kata dah 5 bulan lebih dia beli lembu nie untuk anak2 dia korban...masa tu kecik lagi murah pulak tu...pastu dia upah tukang kebun sekolah dia jaga .
 Oleh kerana ramai sangat kakitangan sekolah bapa mertua aku masa nak sembelih lembu nie , aku dan adik ipar aku tengok je kerja-kerja penyembelihan nie ....tak kena pegang tali pun apatah lagi main pisau .Cukup dengan 12 staff ,sekejap je lembu nie tinggal kulit...maklumlah main ngan orang yang dah biasa dengan lembu.Kalau nak suruh aku....2 jam tak siap lagi .
 Selesai kerja-kerja lapah tu ,kami ambik 1/3 bahagian ,selebihnya bagi kepada "tukang kerja" dan minta mereka edar kepada orang-orang miskin .Kepada kakitangan sekolah tu...aku ucap terima kasih sebab banyak membantu .Harapan aku semoga korban dari wife aku dan adik beradik ni ,diterima oleh Nya.. 
  












No comments:

Post a Comment