Tuesday, November 2, 2010

yang datang dan pergi...

  Ungkapan tu memang penuh makna...samada perpisahan @ kematian...hari ni pejabat aku buat majlis makan sikit sempena perpisahan staff kami nik nor asyikin...staff kontrak yang tamat tempoh khidmat...kadang-kadang macam tak adil je bila istilah "kontrak" di gunakan...bagi aku istilah tu membuatkan pekerja tak leh nak rasa selesa dengan keje yang ada...bila2 masa je boleh ditamatkan kontrak...
 Terasa hiba jugakla bila kehilangan "adik" dalam pejabat nie maklumlah dah 6 bulan keje sekali...gurau senda dah jadi mainan...aku sempatla bagi hadiah kenang-kenangan dari hasil foto aku...yelah...nak beli hadiah takut macam takde kenangan kat pejabat dah...so aku snap gambar dia sekeping pastu letak dalam frame...harap dia suka...
  Ramai dah staf kontrak yang berhenti kat tempat aku...ada yang dapat tawaran kerja kerajaan ,sambung belajar dan tawaran Bank lain...seingat aku ada 5 orang dah budak kontrak berhenti kerja kat tempat aku...antaranya Hafiz ,Khairul,Wan Jue ,Intan, Khalilah dan yang terkini Syikin...

  Aku dan kawan sepejabat mendoakan Syikin akan berjaya di "luar" ,mungkin ada rezeki lain selepas ini...insyaallah....






**seperti kebiasaan gambar aku memang tak pernah ada...sbb aku dibelakang kamera**


**syikin menandatangan buat kali terakhir di buku kehadiran 02/11/2010**

No comments:

Post a Comment